Informasi Permainan Video Terkini
Naruto to Boruto: Shinobi Striker Akan Membolehkan Anda Merekabentuk Watak Tersendiri
PC

Naruto to Boruto: Shinobi Striker Akan Membolehkan Anda Merekabentuk Watak Tersendiri

Diterbitkan pada Ogos 3, 2017 oleh .

Naruto to Boruto: Shinobi Striker merupakan permainan berbentuk lawan yang akan datang tidak lama lagi. Sebelum ini, beberapa info mengenai permainan ini telah dikongsikan, dan kini melalui majalah Weekly Jump di Jepun, ia turut diketahui yang mana permainan Naruto to Boruto: Shinobi Striker akan turut menyertakan kemudahan untuk anda merekabentuk watak tersendiri.

Naruto to Boruto: Shinobi Striker

Seperti dalam beberapa permainan lain, para pemain boleh merekabentuk wajah ninja anda tersendiri, memilih senjata dan kepakaran, serta paparan watak anda secara keseluruhan.

Disamping itu, ia turut dikongsikan yang mana pemain turut boleh mengawal watak Boruto Uzumaki, selain akan menawarkan VR Ninjutsu Arena untuk permainan realiti-maya.

Permainan berbentuk aksi ini akan hadir ke PlayStation 4, PC dan juga Xbox One pada 2018 kelak.