Informasi Permainan Video Terkini
Friday The 13th Bakal Ditawarkan Dalam Bentuk Edisi Fizikal Pada Oktober Ini
PC

Friday The 13th Bakal Ditawarkan Dalam Bentuk Edisi Fizikal Pada Oktober Ini

Diterbitkan pada Ogos 3, 2017 oleh .

Gun Media, pengeluar permainan Friday The 13th yang dilancarkan pada Mei lepas di PS4, Xbox One dan PC, kini telah mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan edisi fizikal pada 13 Oktober ini. Untuk makluman, kebetulan, 13 Oktober tersebut jatuh pada hari Jumaat.

Gun Media juga bakal menyertakan kostum khas Jason dan kostum untuk kaunselor. Buat masa ini, edisi fizikal ini hanyalah diumumkan untuk Playstation 4 dan Xbox One sahaja.

Friday The 13th adalah permainan seram yang dibangunkan oleh Illfonic dan dikeluarkan oleh Gun Media, Ia berdasarkan francais siri filem Friday The 13th. Setakat ini, permainan ini telah terjual sebanyak 1.8 Juta dan mendapat pelbagai pujian oleh peminat walaupun ia menghadapi beberapa masalah ketika pelancaran. Pembangun permainan ini, Illfonic juga menjanjikan pada masa akan datang, mereka akan mengemaskini permainan ini dengan pelbagai lagi pernambahan termasuklah mod permain solo.

Friday The 13th memfokuskan multi-pemain di mana 8 pemain boleh bermain serentak secara atas-talian, dan salah seorang daripada pemain akan mengawal sebagai Jason. Tugas Jason adalah untuk membunuh kesemua pemain lain, manakala lagi 7 pemain yang lain akan mengelak dan teruskan hidup.