Bagi peminat siri Dead Or Alive Xtreme 3 Fortune mesti kecewa apabila pada bulan Januari lepas, kemaskini realiti-maya ditawarkan dan hanya boleh dimainkan oleh pemain di Jepun sahaja. Tetapi mulai hari ini, Koei-Tecmo mengumumkan, buat pemain yang mempunyai permainan tersebut di Asia Tenggara, anda juga sudah boleh memuat turun kemaskini realiti-maya tersebut.

Kemaskini realiti-maya buat permainan Dead Or Alive Xtreme 3 Fortune ini merupakan kemaskini khas mod permainan realiti-maya untuk Playstation VR. Anda boleh memuat-turun kemaskini tersebut bersaiz 30MB sahaja. Selepas kemaskini, pemain perlu memuat-turun VR Passport di PSN Store secara percuma dan memilih VR Paradise untuk bermain mod realiti-maya tersebut.

Anda boleh memuat-turun VR Passport mulai hari ini secara percuma sehingga 31 Ogos ini sahaja. Selepas pada tarikh tersebut anda perlu membuat pembayaran. Bagi mereka yang mempunyai permainan tersebut dalam bentuk percuma, anda juga boleh membeli mod realiti-maya ini dan boleh bermain bersama watak Marie Rosa dan Honoka sahaja.

Sekiranya anda mempunyai Playstation 4 Pro, Koei-Tecmo turtu mengumumkan kemaskini untuk VR Paradise yang telah mempertingkatkan lagi kualiti permainan realiti-maya berkenaan.

Bagi pemilik Playstation VR, adakah anda sudah mula memuat-turun dan bermain mod realiti-maya ini? Jika ya, jangan lupa untuk tinggalkan pendapat anda di ruangan komen dibawah.

Sohor Kini