Informasi Permainan Video Terkini
Sega Mengumumkan Penawaran Pelbagai Kandungan Percuma Untuk Yakuza Kiwami

Sega Mengumumkan Penawaran Pelbagai Kandungan Percuma Untuk Yakuza Kiwami

Diterbitkan pada Ogos 3, 2017 oleh .

Sega baru sahaja mengumumkan penambahan kandungan percuma yang akan hadir ke permainan Yakuza: Kiwami yang bakal dilancarkan 29 Ogos ini.

Pernambahan tersebut bakal mempunyal pelbagai barangan, pakaian dan akan ditambah secara langsung apabila kemaskini permainan tersebut boleh dimuat-turun. Untuk memdapat barangan penambahan tersebut, pemain hanya perlu bercakap dengan watak Bob Utsunomiya, berdekatan dengan lokasi Tenkaichi Street Gate.

Berikut adalah senarai penambahan yang diberi oleh Sega mengikut tarikh:

Kiwami Fun Pack (5 September )

  • Dragon Tattoo – Kostum Kiryu tidak berbaju
  • Toughness Emperor – Barangan pemulihan
  • Tauriner ++ – Barangan pemulihan
  • Staminan Royale – Barangan pemulihan
  • Modified Model Gun – Senjata pistol
  • Gold Plate – Boleh dijual untuk mendapatkan wang

Kiwami Street Pack (12 September )

  • Prison Escapee – Kostum penjara Kiryu
  • Extra Balance Motor – Barangan Pocket Circuit
  • Extra Slim Tires –Barangan Pocket Circuit
  • Boost Gears –Barangan Pocket Circuit
  • Speed Frame Plus –Barangan Pocket Circuit
  • Stone of Enduring – Barangan untuk melindung diri dari serangan kritikal

Kiwami Fun Pack 2 (19 September)

  • Black Suit – Kostum sut hitam Kiryu
  • Toughness Infinity – Barangan pemulihan
  • Tauriner Maximum – Barangan pemulihan
  • Staminan Spark – Barangan pemulihan
  • Marlin Cannon – Meriam tangan
  • Platinum Plate – Boleh dijual untuk mendapatkan wang

Kiwami Street Pack 2 (26 September)

  • Snake Skin Jacket – Kostum Majima
  • Killer Bee – Kereta Pocket Circuit car
  • Godspeed Motor –Barangan Pocket Circuit
  • Super Slim Tires –Barangan Pocket Circuit
  • Godspeed Gears Plus – Barangan Pocket Circuit
  • New Bumper Plate –Barangan Pocket Circuit
  • Sacrifice Stone – Barangan untuk melindung diri dari kematian

Yakuza Kiwami bakal dilancarkan pada hujung bulan ini, 29 Ogos di Playstation 4. Anda boleh membuat pra-tempahan sekarang di PSN Store.