Monster Hunter XX merupakan permainan siri Monster Hunter di Nintendo 3DS yang dilancarkan pada bulan Mac, awal tahun ini. Mei lepas, Nintendo turut telah mengumumkan Monster Hunter XX bakal tiba di Nintendo Switch sebagai permainan penambah-baikkan disertai kemaskini paparan pada resolusi HD.

Kini, lanjutan daripadanya, pihak Capcom telah hadir dengan video trailer terbaru, mempertontonkan kisah hidup seorang pemburu atau pemain di dalam permainan Monster Hunter XX.

Monster Hunter XX akan dilancarkan di Nintendo Switch di Jepun pada 25 Ogos ini. Bagi mereka berminat untuk memcuba permainan ini, Capcom juga mengumumkan demo untuk permainan ini akan berada di Nintendo Switch Eshop pada 10 Ogos ini.

Sohor Kini