Informasi Permainan Video Terkini
Microsoft Memperlihatkan Tiga Alat Kawalan Baru Untuk Xbox One

Microsoft Memperlihatkan Tiga Alat Kawalan Baru Untuk Xbox One

Diterbitkan pada Ogos 3, 2017 oleh .

Microsoft kini telah memperlihatkan dan mengumumkan tiga rekaan alat kawaln baru untuk Xbox One – yang mana turut boleh digunakan bersama pada komputer Windows 10 melalui penyambung tanpa-wayar khusus untuknya.

Xbox One

Microsoft menawarkan tiga alat kawalan baru dengan rekaan unik setiap satunya. Yang pertama hadir dengan pewarnaan dua tona mengabungkan warna merah dan kelabu – yang juga merupakan edisi khusus dibawah siri Shadow. Yang kedua menawarkan gabungan warna kelabu dengan sedikit elemen berwarna hijau yang sinonim dengan Xbox.

Rekaan alat kawaln ketiga agak unik sedikit, dimana ia turut menyertakan ruangan khusus dengan bertekstur dan menggunakan grip berasaskan getah. Ia dinamakan sebagai Patrol Tech Special Edition.

Kedua-dua alat kawalan yang pertama dijangka ditawarkan bermula 3 Ogos, sementara yang ketiga dengan rekaan unik ini akan ditawarkan bermula 5 September.

Untuk pasaran tempatan, memandangkan Xbox One tidak ditawarkan secara rasminya, maka kita perlu nantikan para penjual mengimport masuk ia dan menjualnya di Malaysia.