Telltale sangat popular dengan penawaran permainan berbentuk bersiri dengan episod dan musim tersendiri. Terkini, mereka telah mengumumkan yang mana Minecraft Story Mode episod kedua untuk musim kedua akan ditawarkan bermula 15 Ogos 2017 ini.
Episod kedua ini akan meneruskan kisah perjalanan Jesse, dan menawarkan kesinambungan daripada episod pertama sebelum ini. Ia turut akan menyertakan ciri Crowd Play yang membolehkan anda menerima bantuan pemain lain dalam membuat sesuatu keputusan.
Permainan ini kelak akan ditawarkan secara digital untuk PlayStation 4, Xbox One, PC, Mac, iOS dan juga Android. Disamping itu, pihak Telltale turut mengumumkan yang mana Minecraft Story Mode musim pertama akan turut ditawarkan untuk Nintendo Switch.