Informasi Permainan Video Terkini
.hack//G.U. Last Recode Edisi Premium Jepun Diumumkan

.hack//G.U. Last Recode Edisi Premium Jepun Diumumkan

Diterbitkan pada Ogos 2, 2017 oleh .

Laman Amazon Jepun baru sahaja memuat-naik sebuah halaman khusus produk untuk permainan akan datang iaitu .hack//G.U. Last Recode. Ia merupakan permainan penambah-baikkan dari permainan asalnya yang dilancarkan pada tahun 2006 di Playstation 2 oleh Bandai Namco.

Permainan tersebut akan dilancarkan dalam variasi dua bentuk iaitu edisi biasa dan juga edisi terhad Premium yang akan mengandungi:

  • Cakera permainan
  • CD muzik latar
  • CD drama .hack//G.U. Innocent Call
  • Cakera blu-ray Anime .hack//G.U. Returner
  • Buku premium novel .hack//G.U. Ragtime
  • Koleksi Hasil Seni Vol. 4
  • Kotak khas

Bagi edisi biasa, ia akan berharga ¥8,208(~RM318) manakala edisi premium berharga ¥11,448(~RM443). .hack//G.U. Last Recode bakal dilancarkan di Playstation 4 dan PC pada 1 November ini di Jepun. Manakala untuk versi global pula, ia bakal dilancarkan sekitar musim luruh ini.