Ubisoft kini telah menerbitkan video trailer baru untuk Mario + Rabbids Kingdom Battle, sekaligus mempertontonkan kaedah bentuk permainan baru pada permainan tersebut. Mario + Rabbids Kingdom Battle ini bakal dilancarkan 29 Ogos ini untuk konsol Nintendo Switch.
Trailer tersebut memperlihatkan beberapa perlawanan antara ketua-ketua musuh yang bakal pemain hadapi dan juga teknik serangan kombinasi yang pemain boleh lakukan. Sebagai contoh, dengan lompatan bantuan dari watak-watak permainan tersebut. Selain meriam tangan, Mario juga diperlihatkan menggunakan senjata lain seperti tukul untuk menentang musuh. Serangan dengan melompat atas musuh juga kembali seakan siri permainan Super Mario yang sebelum ini.
Mario + Rabbids Kingdom Battle merupakan permainan kerjasama antara Ubisoft dan Nintendo. Ia merupakan permainan strategi turutan dimana pemain boleh bermain sebagai 8 jenis watak antaranya adalah Mario, Luigi, Peach, Yoshi dan 4 lagi watak Rabbids berpakaian seperti watak-watak dari Super Mario. Permainan ini bakal dilancarkan pada 29 Ogos ini di Nintendo Switch.