Informasi Permainan Video Terkini
EA Mengumumkan Titanfall 2 Edisi Ultimate
PC

EA Mengumumkan Titanfall 2 Edisi Ultimate

Diterbitkan pada Ogos 3, 2017 oleh .

Bagi mereka yang masih belum mempunyai Titanfall 2 yang dilancarkan pada bulan Oktober tahun lepas di Playstation 4, XBox One dan PC, anda mungkin berminat untuk mendapatkan Titanfall 2 edisi Ultimate yang baru sahaja diumumkan oleh EA.

Titanfall 2 Edisi Ultimate akan merangkumi segala penambahan yang dikeluarkan sepanjang penawaran permainan tersebut, malah pemain akan mendapat edisi Deluxe permainan tersebut. Tambahan pula, pemain akan mendapat pek Jump Start dimana pemain dengan serta-merta akan mendapat kesemua Titan dan taktikal kelas Pilot bersama gandaan XP dan kostum Warpoint khas untuk senjata R-201 Carbine.

Anda boleh mendapatkan permainan Titanfall 2 Edisi Ultimate di PSN Store dengan berharga RM139 dan di EA Origin dengan berharga $49.99(~RM215).