Bagi anda yang bakal ke Playstation Experience South-East Asia 2017 atau PSX SEA 2017, iaitu acara khas oleh Sony yang diadakan julung kalinya di Kuala Lumpur ini, mungkin terdapat sejumlah pertanyaan yang masih bermain di minda anda. Acara tersebut akan berlangsung pada 5 Ogos dari 10 pagi hingga 10 malam di KL Live, Kuala Lumpur Malaysia. Kemasukan adalah percuma. Di sana akan terdapat pelbagai persembahan permainan disamping pembangun-pembangun permainan yang bakal berada untuk berkongsi permainan mereka.
Berikut adalah senarai permainan yang bakal ada di PSX SEA 2017:
- Bravo Team
- Everybody’s Golf
- Detroit: Become Human
- Gran Turismo Sport
- Knack 2
- Matterfall
- No Heroes Allowed! VR
- Stifled
- The Inpatient
- Dragonball FighterZ
- Ni No Kuni II: Revenant Kingdom
- Taiko No Tatsujin: Drum Session!
- Marvel VS Capcom: Infinite
- FIFA 18
- Dissidia Final Fantasy NT
- Final Fantasy XV: Monster Of The Deep
- Far Cry 5
- Dusty Raging Fist
- Masquerada: Songs And Shadows
- Light Tracer
Berikut pula ada senarai pembangun permainan yang bakal hadir ke PSX SEA 2017.
- Ryozo Tsujimoto mewakilli Capcom untuk Monster Hunter World
- Tomoaki Ayano dan Kansuke Sakurai mewakilli Capcom untuk Marvel VS Capcom: Infinite
- Wan Hazmer mewakilli Square-Enix untuk Final Fantasy XV: Monster Of The Deep
- Kazunori Yamauchi mewakilli Polyphony Digital untuk Gran Turismo Sport
Bagi anda yang bakal ke sana, anda mungkin berminat untuk datang lebih awal kerana bagi 300 orang terawal, anda akan berpeluang untuk mendapatkan beg barangan khas Playstation bersama t-shirt PSX SEA 2017. Anda boleh mula beratur pada jam 7 pagi.
Selain itu, anda juga berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah dengan bermain sekurang-kurangnya satu permainan di acara tersebut dan kongsi di laman sosial dengan hashtag #PlaystationAsia dan #PSXSEA2017, dan menjawab kaji selidik pendek untuk menyertai cabutan bertuah tersebut. Terdapat pelbagai hadiah khas Plastation yang penyerta boleh menangi seperti penanda buku Playstation, Playstation T-Shirt, alat kawalan permainan Dualshock 4, Playstation 4 Pro dan Playstation VR.
Dan bagi mereka yang merancang untuk mencuba kesemua jenis permainan yang disediakan, berikut adalah peta pelan acara tersebut.
Berikut adalah jadual aktiviti ketika acara PSX SEA 2017 Sabtu ini.
Masa | Aktiviti | Tetamu |
9:00 Pagi | Priority Pass mula diberi | |
10:00 Pagi | Pintu akan dibuka untuk awam | |
11:00 – 11:45 Pagi | Persembahan GT Sport | Kazunori Yamauchi |
11:45 – 12:15 Tgh hari | Sesi autograf bersama Kazunori Yamauchi | Kazunori Yamauchi |
12:30 – 1:15 Ptg | Persembahan Taiko No Tatsujin: Drum Session! | |
2:00 – 2:45 Ptg | Persembahan Monster Hunter: World | Ryozo Tsujimoto |
2:45 – 3:15 Ptg | Sesi autograf bersama Ryozo Tsujimoto | Ryozo Tsujimoto |
3:45 – 4:30 Ptg | Persembahan Marvel vs Capcom: Infinite | Tomoaki Ayano/Kansuke Sakurai |
4:30 – 5:00 Ptg | Sesi autograf bersama Tomoaki Ayano dan Kansuke Sakurai | Tomoaki Ayano/Kansuke Sakurai |
5:15 – 6:00 Ptg | Persembahan Monster of the Deep: Final Fantasy XV | Wan Hazmer |
6:00 – 6:30 Ptg | Sesi autograf bersama Wan Hazmer | Wan Hazmer |
Anda juga boleh menonton kesemua persembahan secara langsung di laman rasmi facebook PlaystationAsia.
Bagi mereka yang akan ke acara tersebut menggunakan kenderaan awam, kami mengesyorkan anda untuk menaiki monorel dari KL Sentral dan turun di stesen Raja Chulan. Dari situ anda hanya perlu berjalan selama 7 minit sahaja untuk ke KL Live.
Bagi mereka yang lebih suka menggunakan LRT, anda boleh menaiki LRT dan turun di stesen Dang Wangi. Perjalan dari stesen tersebut ke KL Live hanyalah mengambil masa 15 minit. Anda juga boleh menggunakan Uber atau Grab untuk ke sana.
Bagi mereka yang ingin membawa kenderaan sendiri, kami mengesyorkan anda meletak kenderaan anda bersebelahan dengan Kedutaan Pakistan di Jalan Ampang iaitu tempat letak kereta terbuka. Anda hanyalah perlu membayar RM5 sahaja untuk meletak kenderaan disitu. Perjalan dari tempat meletak kenderaan di situ ke KL Live hanyalah 14 minit.
Jadi jumpa anda di sana Sabtu ini!