Informasi Permainan Video Terkini
Lucioball Akan Kembali Ke Overwatch Pada Minggu Hadapan
PC

Lucioball Akan Kembali Ke Overwatch Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Ogos 4, 2017 oleh .

Lucioball, mod permainan untuk Overwatch seakan Rocket League yang dilancarkan tahun lepas sempena sukan Olimpik, kini bakal kembali minggu depan. Jeff Kaplan, Naib Presiden Blizzard Entertainment mengumumkan mod permainan Lucioball bakal kembali pada 8 Ogos ini. Beliau juga mengumumkan yang mana beberapa perubahan untuk permainan tersebut termasuk dengan meletakkan mod kompetitif melalui kedudukan permainan dan perlawanan penempatan.

Blizzard juga akan menyediakan kostum dan semburan baru untuk pemain-pemain dapatkan melalui permainan berkenaan. Mekanik bentuk permainan tersebut turut telah diubah-suai sedikit berdasarkan kepada maklumbalas para pemain tahun lepas.

Kuasa akhir Lucio kini agak berbeza. Sebelum ini ia akan menarik bola ke arah pemain, tetapi kali ini, kuasa akhir Lucio akan memberikan para pemain kelajuan dan had melompat yang lebih tinggi berbanding kebiasaan. Peningkatan kuasa untuk Lucio juga memberikan pelbagai gerak-geri untuk pemain menjaringkan gol. Blizzard turut akan menambah satu lagi stadium khas untuk pemain bermain di Lucioball iaitu Sdyney.

Mod permainan Lucioball di Overwatch bakal tiba di Playstation 4, Xbox One dan PC pada 8 Ogos ini bersama-sama kostum dan semburan baru khas untuk pemain bersempena musim panas tahun ini.