Devin Smith, pereka yang terkenal dengan rekaan alat kawalan permainan dikenali sebagai ‘End Of Line’ baru-baru ini turut hadir dengan rekaan khas bertemakan permainan God Of War untuk alat kawalan Playstation 4, DualShock 4.

Seperti yang dipertontonkan pada imej di atas, Devin hadir dengan rekaan Dualshock 4 seolah seperti ia diperbuat oleh batu serta mempunyai helaian kulit khas untuk menutup pad sesentuh Dualshock 4 tersebut. Rekaan corak pula diinspirasi seumpama muka Kratos, iaitu watak utama permainan God Of War.

Devin juga pernah merekabentuk pelbagai jenis rekaan untuk Dualshock 4 dan juga konsol Playstation 4. Anda boleh melihat dengan lebih lanjut di laman rasmi Devin. Devin tidak meletakkan harga untuk setiap rekaan beliau, tetapi anda mungkin boleh membuat tempahan khas dengan meng-emel beliau.

Bagi anda yang berminat dengan siri God Of War, adakah anda bakal mendapatkan alat kawalan permainan ini bersama permainan God Of War yang bakal dilancarkan tahun depan?

Laman Rasmi End Of The Line

Sohor Kini