Informasi Permainan Video Terkini
Sony Melancarkan Alat Kawalan DualShock 4 Edisi Terhad Bertemakan Destiny 2

Sony Melancarkan Alat Kawalan DualShock 4 Edisi Terhad Bertemakan Destiny 2

Diterbitkan pada July 31, 2017 oleh .

Beberapa hari lepas, kita telah melihat penawaran alat kawalan DualShock 4 bertemakan Horizon Zero Dawn bersama-sama berkas PS4 Pro di China. Kini, selain daripadanya, Sony turut telah mengumumkan alat kawalan DualShock 4 edisi terhad bertemakan permainan Destiny 2 akan datang.

Alat kawalan ini diumumkan bersama-sama pengenalan berkas khusus PlayStation 4 Destiny 2 untuk pasaran Eropah.

DualShock 4 Destiny 2

Alat kawalan DualShock 4 ini hadir dalam pilihan warna putih dan hitam, dimana ia menyertakan beberapa rekaan tambahan berbanding dengan alat kawalan biasa. Disamping itu, ia turut menyertakan penulisan Destiny 2 pada bahagian touchpad pada DualShock 4.

Di Eropah sendiri, alat kawalan ini hanya ditawarkan di beberapa negara sahaja, dan ada yang tidak menerimanya. Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah penawaran pihak Sony untuk alat kawalan berkenaan di Malaysia.

DualShock 4 Destiny 2