Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini Terbaru Final Fantasy XV Memberi Pemain Sut Luaran Perisai Magitek

Kemaskini Terbaru Final Fantasy XV Memberi Pemain Sut Luaran Perisai Magitek

Diterbitkan pada Ogos 1, 2017 oleh .

Square-Enix baru sahaja melancarkan kemaskini Julai terbaru untuk permainan Final Fantasy XV. Pemain berpeluang untuk mendapat Sut Luaran Perisai Magitek yang memberi pemain kebal selama 30 minit. Tetapi ia perlu 24 jam untuk mengecas semula setelah pemain menggunakan selama 30 minit.

Square-Enix nampaknya mengubah rekaan sut tersebut seakan General Glauca dari filem Kingsglaive Final Fantasy XV setelah mendapat beberapa kritikan berkenaan rekaan asal sut luaran Magitek yang dipertayangkan awal tahun ini seperti rekaan sut Power Rangers.

Selain itu, terdapat juga misi baru “O Partner, My Partner” yang pemain boleh laksanakan di Meldacio Hunter HQ selepas pemain menghabiskan bab 8. Tambahan pula sistem serangan kombinasi terbaru “Cross Chain” juga ditambah sebagai pernambahan serangan bagi pemain untuk mendapatkan serangan yang kuat. Ia hanyalah boleh dilakukan setelah pemain mendapat dua senjata diraja didalam permainan tersebut iaitu The Sword Of The Wise dan Axe Of The Conqueror.

Karnival Moogle Chocobo juga sekali tiba dari 31 Julai hingga penghujung September. Pemain boleh melawat Altissia untuk bermain permainan mini seperti perlumbaan Chocobo, mencari Moogle dan sebagainya. Karnival Moogle Chocobo adalah hanya untuk pemain yang membeli pas musim FFXV Holiday Pack+ sahaja.

Anda boleh memuat-turun kemaskini ini secara percuma dengan hanya mengemas kini permainan Final Fantasy XV di konsol anda.

Bagi yang dah cuba sut luaran Magitek tersebut, adakah anda suka dengan rekaan dan fungsinya?