Minggu lepas, Dragon Quest XI: Echoes of an Elusive Age baru sahaja dilancarkan di Jepun. Kini, Square-Enix turut mengumumkan yang mana versi global untuk permainan tersebut sedang dibangunkan dan bakal tiba tahun hadapan di Playstation 4 dan 3DS.

https://www.youtube.com/watch?v=e1k7CclCty0

Yuji Horii, pereka siri permainan Dragon Quest mengumumkan mereka sudah bermula membangun versi global untuk permainan tersebut.

Dragon Quest XI: Echoes of an Elusive Age merupakan permainan Dragon Quest siri yang ke-11 yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Square-Enix. Ia dilancarkan di Jepun pada 29 Julai yang lepas. Bagi versi global untuk 3DS dan Playstation 4 ia bakal dilancarkan pada tahun 2018. Versi Nintendo Switch untuk permainan ini akan menyusul selepas itu.

Sohor Kini