Skip to main content

Playerunknown kini mengumumkan yang mana Player Unknown Battleground kini adalah permainan yang paling kerap dimainkan selain permainan keluaran Valve. Sekaligus menjatuhkan Fallout 4 dan GTAV.

Permainan tersebut kini di tangga ke-tiga menghampiri 500,000 pemain selepas Dota 2 dan juga Counter-Strike Global Offensive.

Player Unknown Battleground merupakan permainan multi-pemain pertempuran royale yang dilancarkan sebagai permainan akses awal di Steam pada Mac tahun ini. Setakat bulan ini, permainan ini telah terjual sebanyak 6 juta unit seluruh dunia – dan terus menerima reaksi positif dari pelbagai pengguna seluruh dunia.

Mungkinkah kita akan melihat permainan Player Unknown Battleground terus mencabar dan mengatasi dua lagi permainan keluaran Valve di atas?

https://twitter.com/PLAYERUNKNOWN/status/891666676772610048

Leave a Reply