Bagi para peminat permainan Dota 2, anda mesti tidak ingin melepaskan peluang untuk menonton The International 2017 atau Ti7 bersama peminat permainan Dota 2 yang lain disamping menyertai mini pertandingan. Dengan kerjasama The Launchpad dan Esport Cyberjaya, Dota 2 Ti7 Pubstomp akan berlangsung pada 2 hingga 12 Ogos ini di The Launchpad Cyberjaya.
Anda boleh menghadiri ke acara tersebut secara percuma pada 2 hingga 5 Ogos ketika peringkat berkumpulan. Manakala ketika perlawanan Dota 2 antara 7 hingga 12 Ogos, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM50. Makanan dan minuman disediakan daripada Domino’s Pizza, Redbull dan Coca-Cola akan dihidangkan di sana. Bagi yang hadir ke acara peringkat berkumpulan, anda akan mendapat RM20 diskaun untuk acara utama.
Terdapat juga pelbagai aktiviti lain seperti pertandingan Dota, Cosplay, pertunjukan teknologi, permainan realiti-maya, simulasi perlumbaan dan pelbagai hadiah untuk dimenangi.
Untuk pelbagai lagi informasi berkenaan acara ini, anda boleh ke facebook Esport Cyberjaya.
[info] Laman Peatix – Dota 2 Ti7 Pubstomp [/info]