Informasi Permainan Video Terkini
MSI MGA x The Gameplan Interschool LAN Party Berlangsung Hujung Minggu Ini

MSI MGA x The Gameplan Interschool LAN Party Berlangsung Hujung Minggu Ini

Diterbitkan pada July 29, 2017 oleh .

MSI MGA x The Gameplan Interschool LAN Party diadakan di SkyPark One City Mall, Subang pada hari ini 29 Julai sehingga 30 Julai. Acara ini melangsungkan perlawan terakhir bagi Interschool Cyber Challenge untuk permainan Overwatch, Dota 2 dan Street Fighter V antara pelajar-pelajar kolej dari seluruh Malaysia.

Terdapat juga pelbagai aktiviti lain seperti PC Assembly Challenge, Overwatch Open Challenge, FIFA 17 Challenge, Dota 1VS1 Challenge dan MSI juga melancarkan siri laptop terbaru mereka iaitu MSI GT75VR.

Selain aktiviti pertandingan permainan, anda juga boleh bermain pelbagai permainan yang disediakan seperti FIFA 17, HTC Vive VR dan permainan perlumbaan lengkap dengan set stereng kereta.

Pertandingan antara pasukan e-sukan masih lagi berlangsung dan jangan lepaskan peluang untuk menyaksi pasukan dari Multimedia University Melaka, University Malaysia Sabah, Tunku Abdul Rahman University College, Two Studios Penang, Nilai International Colllege, dan juga Brickfields Asia College PJ untuk pertanding gelaran juara Gameplan Interschool. Kami akan mengumumkan pemenang selepas acara ini selesai kelak.

Bagi anda yang yang berminat untuk menyertai LAN Party yang berlangsung selama 36 Jam, anda juga boleh membawa komputer anda sendiri pada hari ini sehingga 30 Julai.