Skip to main content

Bagi anda yang tidak sabar untuk bermain Monster Hunter World yang bakal tiba di PS4, Xbox One dan PC tahun hadapan, Capcom baru sahaja mempertontonkan gambaran untuk senjata-senjata pada permainan tersebut.

Terdapat 14 jenis senjata di dalam Monster Hunter World. Bagi mereka yang baru dengan siri Monster Hunter, setiap senjata di dalam permainan dimainkan secara berlainan dan Capcom juga mempertontonkan gambaran kesemua 14 senjata di saluran Monster Hunter.

Monster Hunter World adalah permainan pengembaraan aksi dari Capcom yang merupakan siri sangat terkenal di Nintendo 3DS kini kembali ke konsol PS4 dan Xbox One. Ia bakal dilancarkan tahun hadapan.

[info] Saluran Youtube Rasmi Monster Hunter [/info]

Leave a Reply