Informasi Permainan Video Terkini
Koleksi Vinil Untuk Permainan Dark Souls Diumumkan
PC

Koleksi Vinil Untuk Permainan Dark Souls Diumumkan

Diterbitkan pada July 27, 2017 oleh .

Bagi pengumpul vinil dan peminat permainan Dark Souls, anda pasti tak ingin lepaskan peluang untuk mendapat vinil edisi terhad Dark Souls yang hanya terdapat 2000 salinan sahaja seluruh dunia. Bandai Namco mengumumkan vinil kompilasi muzik di dalam siri permainan Dark Souls akan dilancarkan dengan 9 kotak khas yang merangkumi lebih dari lima jam muzik dari siri Dark Souls 1, Dark Souls 2 dan Dark Souls 3.

Vinil edisi terhad ini akan dinomborkan dan hanya 2000 salinan sahaja yang dicetak untuk jualan seluruh dunia. Kompilasi muzik ini disusun oleh komposer terkenal, Motoi Sakuraba dan Yuka Kitamura.

Bandai Namco akan membuka tempahan untuk vinil ni pada musim luruh di laman rasmi kedai atas-talian Bandai Namco.