Etrian Odyssey V: Beyond the Myth permainan dungeon-crawler dari Atlus bakal dilancarkan pada musim luruh tahun ini. Atlus baru sahaja mengumumkan pemain yang membuat pra-tempahan akan mendapat 24 muka surat buku lakaran seni permainan tersebut. Buku tersebut akan merangkumi rekaan watak dan lakaran konsep diilustrasikan oleh Yuji Himukai.
Pada masa yang sama, Atlus juga mempertontonkan trailer terbaru untuk permainan ini bersama kelas terbaru, Dragoon. Kelas Dragoon mempunyai serangan artileri yang tinggi dengan meriam tangan. Dragoon juga mempunyai pelbagai teknik perisai dengan serangan musuh.
Etrian Odyssey V: Beyond the Myth merupakan permainan siri Etrian Edyssey yang ke-lima. Ia dilancarkan di Jepun pada 4 Ogos 2016 lepas dan akhirnya ia bakal dilancarkan untuk pemain seluruh dunia untuk konsol Nintendo 3DS pada musim luruh tahun ini.