Need for Speed : Payback merupakan permainan lumba kereta seterusnya daripada EA dibawah siri Need for Speed. Terkini, melalui video trailer terbaru, EA mempertontonkan kebolehan mengubah-suai kenderaan anda pada permainan berkenaan.

Para pemain boleh membuat pelbagai perubahan luaran pada kenderaan dan bukan body-kit semata-mata. Disamping itu, seperti biasa, anda turut boleh mengoptimasikan prestasi kenderaan berdasarkan kepada sesuatu jenis perlumbaan.

Need for Speed : Payback akan ditawarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, dan juga PC pada 10 November kelak.

Sohor Kini