Informasi Permainan Video Terkini
The Sims 4 Disahkan Bakal Hadir Ke Konsol PlayStation 4 Dan Xbox One

The Sims 4 Disahkan Bakal Hadir Ke Konsol PlayStation 4 Dan Xbox One

Diterbitkan pada July 26, 2017 oleh .

Bagi anda yang meminati permainan berbentuk simulasi, kini berita gembira untuk anda. EA kini telah mengesahkan yang mana permainan The Sims 4 akan hadir ke PlayStation 4 dan juga Xbox One pada bulan November kelak.

The Sims 4

Permainan yang akan ditawarkan adalah sama seperti versi PC – termasuk kandungan tambahan yang ditawarkan untuk PC. Pemain juga akan menerima pelbagai kemaskini baru seperti versi PC dengan penambahan kandungan dan bentuk permainan baru.

The Sims 4 sebelum ini telah diperkenalkan sekitar tiga tahun lepas, tetapi masih mempunyai pemain yang aktif seluruh dunia – termasuk penawaran kandungan baru daripada EA dan Maxis.

The Sims 4 akan ditawarkan untuk kedua-dua konsol ini pada 17 November kelak.

The Sims 4 Trailer | PS4

The Sims 4 is coming to PS4 November 17! Pre-order the Deluxe Party Edition to play 3 days early. http://play.st/2uYaKXk

Posted by PlayStation on 26hb Julai 2017