Marvel Studios secara rasmi menukar nama filem Thunderbolts* kepada The New Avengers seminggu selepas ia ditayangkan di panggung. Penukaran nama ini seperti sudah dijangka lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah menonton Thunderbolts* di wayang. Sejak tajuk filem diumumkan, ramai tertanya-tanya mengapa terdapat simbol “*” di hujung Thunderbolts.

Penjenamaan semula ini juga selari dengan pengumuman Avengers: Doomsday yang dibintangi beberapa pelakon daripada Thunerbolts*. Penggunaan lebih daripada satu nama untuk sesebuah filem bukanlah amalan yang baharu. Contoh terbaik ialah Hellboy ditukar ke Super Sapiens di Malaysia kerana sensitiviti agama. Tetapi yang unik di sini ialah nama filem ditukar selepas seminggu ditayangkan.
Dalam ulasan kami, Thunderbolts*/The New Avenger menerima markah 9/10 kerana ia mengembalikan semula formula MCU seakan menerima Thanos Snap selepas Avengers Endgame.


