Rockstar Games telah mengumumkan yang Grand Theft Auto V di PC akan menerima kemaskini untuk menyertakan penambah-baikkan yang sebelum ini hanya ditawarkan bagi pemain di PlayStation 5 dan Xbox Series sahaja.
Kemaskini ini akan tiba pada 4 Mac 2025 secara percuma, dan pemain boleh memindahkan watak mereka bagi Story Mode dan kemajuan Online untuk sekali.
Berikut antara fungsi baharu yang akan tiba untuk pemain versi PC:
- Kenderaan dan naik taraf baharu di Hao’s Special Works
- Ambient Animals
- Langganan GTA+
- Fungsi Career Progress
- Landing Page diperbaharui dan pemain baharu akan mendapat GTA$4,000,000
Kemaskini ini juga tiba bersama dengan beberapa fungsi untuk memastikan sesi dalam talian yang lebih baik iaitu sistem anti-penipuan dan juga pemantauan chat suara secara proaktif.
GTA V sudah dilancarkan sejak tahun 2013 dan telah mempunyai lebih 210 juta pemain.


