Apple Arcade telah mengumumkan dua permainan baharu yang akan menyertai perkhidmatan tersebut bermula pada 6 Mac 2025 iaitu Piano Tiles 2+ dan juga crazy Eights: Card Games+.
Piano Tiles 2+ yang dibangunkan oleh Kooapps merupakan permainan irama dengan pemain perlu menekan kotak berwarna hitam mengikut rentak muzik dan mengelak kotak berwarna putih untuk mendapat skor tertinggi.

Manakala Crazy Eights: Card Games+ merupakan permainan yang dibangunkan oleh MobilityWare yang mengambil tatamain kad klasik tetapi diperbaharui dengan tatamain tambahan seperti kad +2, Wild 8, Skip Queen, dan kad Reverse Ace.

Selain itu, beberapa permainan juga menerima kemaskini kandungan seperti Bloons TD 6+, WHAT THE GOLF?, Wheel of Fortune Daily, Tomb of the Mask+, A Slight Chance of Sawblades+ dan Castle Crumble.
Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+


