Seperti yang kami laporkan sebelum ini, episod akhir Gen V akan membawa penonton ke The Boys musim keempat. baru-baru ini pencipta siri ini iaitu Eric Kripke mengesahkan yang musim baharu The Boys berlaku beberapa hari selepas episod akhir Gen V.

Amaran – Perenggan di bawah akan ada beberan (spoiler) untuk Gen V

Baru-baru ini poster baharu siri ini telah dikongsi dan ia mengesahkan yang siaran akan bermula di Prime Video pada tahun 2024. Tiada tarikh buat masa ini, tetapi dijangka sekitar awal tahun. Musim keempat turut akan mengembalikan virus yang boleh membunuh Super yang diperkenalkan dalam Gen V serta pasukan The Boys yang turut akan berusaha membalas dendam kepada Victoria Neuman.

The Boys musim keempat ini turut akan berlaku sekitar musim pilihan raya di mesta siri TV adiwira ganas ini. Sementara menantikan siri ini tiba di Prime Video, jemput baca ulasan – Gen V (Musim 1)

Leave a Reply