Talk To Me adalah filem seram baharu A24 yang baru sahaja ditayangkan. Filem ini menerima maklum balas positif sehingga menerima skor 95% di Rotten Tomatoes oleh pengkritik dan 82% oleh penonton. Talk To Me merupakan filem yang ditulis dan diarahkan oleh Danny dan Michael Philippou iaitu YouTuber saluran RackaRacka.

Danny dan Michael Philippou sebelum ini pernah menyatakan mereka berminat untuk bekerjasama dengan A24 untuk hadir dengan sekuel Talk To Me. Baru-baru ini A24 mengumumkan Talk 2 Me The Sequel mengesahkan kesinambungan kepada filem seram ini.

Dua adik beradik ini akan kekal menjadi pengarah, tetapi skrip masih tidak pasti adakah mereka berdua kekal menjadi penulis. Pelakon terlibat dan jalan cerita turut belum disahkan lagi. Talk To Me adalah filem seram yang menarik dan bijak kerana menyampaikan perkara seram tanpa bergantung kepada hantu atau jump scare.

Baca – Ulasan Talk To Me

Leave a Reply