The Flash tidak dinafikan adalah filem yang menarik dan menghiburkan, jika kita tolak tepi kualiti CGI filem ini. Dengan pelbagai isu terhadap Ezra Miller serta perubahan dalam Warner Bros. sambutan filem ini tidak menjadi dan dijangka akan tamat tayangan dengan kutipan sekitar $267 juta. Membawa kerugian sebanyak lebih $80 juta kerana bajet filem termasuk promosi yang mencapai $350 juta.

Terbaru, jika anda meminati filem ini The Flash sudah boleh dibeli atau sewa di Malaysia. Di Google TV The Flash boleh dibeli pada harga RM73 (4K) dan sewa pada harga RM40 (4K). Sementara di Apple TV harga beli adalah RM69.90 dan sewa pula RM39.90 dengan kualiti 4K Dolby Atmos/Dolby Vision.

Di Apple TV, setiap belian atau sewaan turut menerima akses kepada di sebalik tabir, adegan yang dipotong dan beberapa klip tambahan lain. Apple turut menawarkan berkas tiga filem atau dua filem. Berkas tiga filem mengandungi The Flash, Batman (1989) dan Batman Returns pada harga RM129.70. Sementara berkas dua filem hanya The Flash dan Batman (1989) pada harga RM99.80.

The Flash adalah filem yang melibatkan rentas masa dan juga merentas multimesta. Di dalamnya Barry Allen merentas ke multimesta lain di mana Batman dunia tersebut adalah versi Michael Keaton. Dunia ini tiada adiwira Justice League dan Superman digantikan dengan Supergirl.
Baca – Ulasan The Flash


