Warner Bros. dan Wizarding World telah mengumumkan yang mereka akan menyiarkan pertandingan Harry Potter: Hogwarts Tournament of Houses pada 29 November akan datang. Pertandingan ini mengumpulkan peminat-peminat francais filem Harry Potter untuk bertandingan dalam trivia mengenai dunia Wizarding World. Ia akan dihoskan oleh Helen Mirren.
Pertandingan ini adalah sempena menyambut ulang tahun ke-20 Harry Potter and the Sorcerer’s Stone. Selain daripada itu, satu kandungan khas berjudul Harry Potter 20th Anniversary: Return to Hogwarts turut akan disiarkan pada 1 Januari 2022 akan datang.
Dalam ini Daniel Radcliffe, Rupert Grint dan Emma Watson bersama-sama dengan Helena Bonham Carter, Robbie Coltrane, Ralph Fiennes, Jason Isaacs, Gary Oldman, Imelda Staunton, Tom Felton, James Phelps, Oliver Phelps, Mark Williams, Bonnie Wright, Alfred Enoch, Matthew Lewis, Evanna Lynch, Ian Hart dan ramai lagi akan mengimbau kenangan menjayakan filem ini.

Mereka akan menyambut ulang tahun ke-20 ini dengan menemuramah, melawati studio Warner Bros. di London, dan turut akan meluangkan masa bersama peminat. Peminat di Malaysia boleh saksikan Harry Potter 20th Anniversary: Return to Hogwarts melalui HBO Go Asia 1 Januari kelak.


