Sempena ulang tahun ke-20 filem Harry Potter and the Sorcerer’s Stone, Warner Bros. dan Wizarding World akan mengadakan pertandingan trivia mengenai dunia Harry Potter. Pertandingan ini Harry Potter: Hogwarts Tournament of Houses akan disiarkan di HBO Go Asia untuk peminat di Malaysia tonton.

Ia akan dihoskan oleh Helen Mirren pelakon (Queenie, francais Fast & Furious) dan disertai oleh pelakon-pelakon filem Harry Potter seperti Tom Felton, Simon Fisher-Becker, Shirley Henderson, Luke Youngblood dan ramai lagi bersama-sama dengan peminat selebriti Pete Davidson dan Jay Leno.

Peserta pertandingan ini akan bertanding dalam pasukan bertiga bersaing dalam empat pertandingan soalan trivia mengenai dunia Harry Potter atau Wizarding World yang turut dibantu oleh penonton secara langsung. Berikut adalah tarikh siaran bagi setiap pertandingan;
- Gryffindor vs. Hufflepuff, Isnin, November 29
- Ravenclaw vs. Slytherin, Isnin, Disember 6
- The Wildcard Round, Isnin, Disember 13
- The Grand Finale, Isnin, Disember 20
Bagi yang berminat untuk saksikan pertandingan ini, nantikan siarannya di HBO Go Asia tidak lama lagi.


