Disney hari ini telah menganjurkan Disney+ Hotstar Day iaitu hari peminat untuk perkhidmatan tersebut. Mereka telah melakukan pelbagai pengumuman kandungan daripada jenama mereka seperti Disney, Pixar, Marvel, Lucasfilm dan National Geographics.
Berikut adalah segala pengumuman yang dilakukan oleh Marvel;
- Hawkeye – Siri yang memfokuskan kepada Clint Barton ataupun Hawkeye bersama dengan Kate Bishop yang akan memperlihatkan kembalinya Jeremy Renner yang akan disertai oleh Hailee Steinfeld, Vera Farmiga, Fra Fee dan Alaqua Cox. Ia akan tiba pada 24 November 2021
- Moon Knight – Siri baharu yang memfokuskan kepada watak Moon Knight yang mempunyai masalah pelbagai personaliti yang dilakonkan oleh Oscar Isaac. Ia akan tiba sekitar tahun 2022
- She-Hulk – Siri She-Hulk lakonan Tatiana Maslany yang akan turut memperlihatkan Mark Ruffalo sebagai Hulk dan Tim Roth sebagai Abomination. Ia akan tiba sekitar tahun 2022.
- Ms. Marvel – Siri berdasarkan Kamala Khan lakonan Iman Vellani yang mendapat kuasa dan menggunakan nama Ms. Marvel bersempena dengan adiwira kegemaran beliau Captain Marvel. Siri ini akan tiba pada suku ketiga tahun 2022.
- Echo – Siri memfokuskan kepada watak Maya Lopez ataupun Echo, iaitu watak yang akan dipekenalkan di dalam siri Hawkeye
- Ironheart – Siri untuk Riri Wiliams lakonan Dominique Thorne iaitu seorang genius yang menghasilkan periasi paling canggih selepas Iron Man.
- Agatha: House of Harkness – Kathryn Hahn akan kembali sebagai Agatha yang diperkenalkan di dalam WandaVision
- The Guardians of the Galaxy Holiday Special – Kandungan khas yang ditulis dan diarah oleh James Gunn
- X-Men ’97 – Siri animasi yang memfokuskan kepada X-Men di tahun 90-an. Ia ditulis oleh Beau DeMayo
- What If…? (Musim 2) – Siri animasi What if akan kembali untuk musim 2 yang akan melibatkan pelbagai lagi watak Marvel.
- Spider-Man: Freshman Year – Siri animasi yang akan memperlihatkan tahun awal Peter Parker menjadi Spider-man di dalam MCU
- I Am Groot – Siri pendek yang memperlihatkan bagaimana Baby Groot membesar
- Marvel Zombies – Siri animasi yang memperlihatkan generasi baharu adiwira melawan zombie. Ia diarah oleh Bryan Andrews
Anda juga boleh baca segala pengumuman oleh Disney ketika Disney+ Hotstar Day di Pautan ini; Berikut Adalah Segala Pengumuman Oleh Disney Ketika Disney+ Hotstar Day.


