Disney hari ini telah menganjurkan Disney+ Hotstar Day iaitu hari peminat untuk perkhidmatan tersebut. Mereka telah melakukan pelbagai pengumuman kandungan daripada jenama mereka seperti Disney, Pixar, Marvel, Lucasfilm dan National Geographics.

Berikut adalah segala pengumuman yang dilakukan oleh Disney;

  • Cheaper by the Dozen – Filem olahan semula Cheaper by the Dozer akan dibintangi Gabrielle Union dan Zach Braff. Ia akan tiba pada Mac 2022
  • Disenchanted – Filem susulan untuk Enchanted akan tiba pada suku keempat tahun 2022. Dibintangi Amy Adams dan Patrick Dempsey
  • Diary of Wimpy Kid – Filem animasi berdasarkan buku kanak-kanak popular berjudul sama. Ia akan tiba pada 3 Disember 2021
  • Rodrick Rules – Filem animasi susulan kepada Diary of Wimpy Kid turut diumumkan dan akan tiba sekitar tahun 2022
  • Chip ‘n Dale: Rescue Rangers – Filem campuran animasi dan aksi nyata untuk Chip ‘n Dale akan tiba pada suku kedua tahun 2022. Dibintangi oleh John Mulaney dan Andy Samberg
  • The Beatles: Get Back – Siri dokumentari yang memfokuskan kepada kumpulan muzik popular akan disiarkan pada 25 November 2021.
  • Better Nate than Ever – Filem berdasarkan buku berjudul sama oleh Tim Federle akan tiba pada suku kedua 2022. Ia dibintangi oleh Aria Brooks, Joshua Bassett, Michelle Federer, Rueby Wood, Norbert Leo Butz dan Lisa Kudrow
  • Hocus Pocus 2 – Filem susulan untuk filem popular Halloween iaitu Hocus Pocus akan tiba pada suku keempat 2022. Dibintangi oleh Bette Midler, Sarah Jessica Parker dan Kathy Najimy
  • Pinocchio – Filem aksi nyata untuk watak popular Pinocchio akan tiba pada suku keempat 2022 yang akan dibintangi oleh Tom Hanks, Cynthia Erivo, dan Luke Evans serta suara oleh Benjamin Evan Ainsworth, Joseph Gordon-Levitt, Keegan Michael Key, dan Lorraine Bracco.
  • The Ice Age Adventures of Buck Wild – Filem baharu untuk siri ini akan tiba pada 28 Januari 2022
  • Sneakerella – Filem yang mengambil inspirasi daripada penceritaan Cinderella tetapi memfokuskan kepada budaya kasut di New York. Ia akan tiba pada 18 Februari 2022
  • The Proud Family: Louder and Prouder – Siri baharu berdasarkan siri popular dari Disney Channel pada tahun 2000 akan disiarkan pada Februari 2022
  • High School Musical: The Musical: The Series – Musim ketiga untuk siri muzikal popular ini
  • The Spiderwick Chronicles – Siri berdasarkan buku kanak-kanak oleh Tony DiTerlizzi dan Holly Black
  • Baymax – Siri animasi baharu memfokuskan kepada watak Baymax dari filem animasi Big Hero 6 akan tiba pada suku ketiga 2022
  • Zootopia+ – Siri pendek berdasarkan filem popular Zootopia akan tiba pada tahun 2022.
  • Tiana – Siri muzikal ini akan tiba pada tahun 2023. Ia diarahkan oleh Stella Meghie
  • Disney Intertwined (Entrelazados) – Siri original pertama oleh Disney+ yang diterbitkan di Amerika Latin kini disiarkan

Anda juga boleh baca segala pengumuman oleh Marvel ketika Disney+ Hotstar Day di Pautan ini; Berikut Adalah Segala Pengumuman Oleh Marvel Ketika Disney+ Hotstar Day.

Leave a Reply