Sony Pictures mempunyai sebuah filem muzikal baharu, iaitu filem aksi nyata Cinderella. Filem ini sudah disahkan tidak akan ditayangkan di pawagam, sebaliknya telah diambil-alih oleh Amazon untuk siaran eksklusif di Prime Video.

Amazon hari ini telah berkongsi lebih butiran mengenai filem ini, iaitu beberapa imej, video acah dan yang paling penting tarikh siaran bagi filem ini.

Filem ini akan mempunyai iterasi berbeza dengan cerita Cinderella yang semua kenal. Melalui penulisan skrip Kay Canon yang juga pengarah filem ini, beliau akan menyampaikan kisah yang lebih sesuai dengan zaman moden. Cinderella akan menekankan bilai kewanitaan, semangat dalam membina perniagaan sendiri, sambil mengekalkan beberapa elemen klasik.

Kay Canon sebelum ini terkenal dengan francais Pitch Perfect, yang mana beliau adalah penerbit dan penulis. Berdasarkan video acah, elemen muzikal ala Disney turut kedengaran. Cinderella dilakonkan oleh penyanyi Camila Cabello dan kejayaan beliau dalam mencari cinta dan berjaya dalam perusahaan dibantu oleh godparent beliau adalah Fab G lakonan Billy Porter yang merupakan spesis pari-pari nirjantina.

Video turut memperlihatkan elemen komedi dan drama keluarga. Menariknya, James Corden iaitu hos terkenal turut membintangi filem ini di samping turut berlakon sebagai tikus yang berubah menjadi manusia yang digelar James. Berikut adalah senarai pelakon lain, yang mana turut mempunyai bakat hebat;

  • Idina Menzel sebagai Vivian, ibu tiri
  • Nicholas Galitzine sebagai Prince Robert
  • Minnie Driver sebagai Queen Beatrice
  • Pierce Brosnan sebagai King Rowan
  • Maddie Baillio & Charlotte Spencer sebagai kakak-kakak tiri
  • James Acaster & Romesh Ranganathan sebagai John dan Romesh, kundang/tikus 
  • Missy Elliott sebagai Town Crier
  • Tallulah Greive sebagai Princess Gwen
  • Luke Latchman sebagai Griff
  • Fra Fee sebagai Hench
  • Mary Higgins sebagai Princess Laura

Filem ini akan disiarkan pada 3 September akan datang, khusus di Prime Video.

Leave a Reply