Disney telah memulakan trend mengolah semula filem animasi klasik kepada filem aksi nyata. Sudah ada banyak filem, dari Aladdin, Lion King, Beauty and the Beast dan banyak lagi. Sony turut ingin hadir dengan filem aksi nyata tersendiri yang diadaptasi dari filem animasi klasik.

Filem ini adalah Cinderella. Filem ini dikatakan akan diubah menjadi tema moden, yang mana sesuai dengan masa kini. Bukan itu sahaja, terdapat laporan menyatakan filem ini akan memfokuskan kepada kewanitaan. Butiran lanjut mengenai filem ini masih belum diketahui, seperti sinopsis, durasi dan tarikh tayangan.

Filem ini akan menyertakan penyanyi hebat sebagai pelakon seperti Camilla Cabello sebagai Cinderella, Idina Menzel sebagai ibu tiri jahat dan Billy Porter sebagai fairy godmother.

Sohor Kini