Trollhunters: Rise of the Titans adalah filem yang menggabungkan watak-watak daripada semua tiga siri yang ada dalam francais Tales of Arcadia, seperti Trollhunters, 3Below dan Wizards. Netflix telah menerbit video acah baru-baru ini dan ia memperlihatkan satu penutup yang penuh dengan aksi dan juga komedi.
Filem ini merupakan penutup kepada francais sains fantasi ini. Kesemua watak dari setiap siri akan bergabung dalam filem ini, bagi mempertahankan dunia masing-masing daripada ditakluki oleh musuh. Bersama-sama mereka akan bertempur dengan Arcane Order untuk melindungi setiap magis masing-masing.
Filem ini akan disiarkan di Netflix pada 21 Julai. Sama-sama kita nantikan.


