Siri TV DC daripada The CW bukanlah yang terbaik, kerana pilihan pelakon dan juga penulisan skrip. Tetapi konsep yang mereka bawakan cukup menarik dan oleh dikatakan berjaya. DC adalah satu-satunya dunia komik adiwira yang menjayakan konsep rentas-dunia dan rentas-siri. Ia adalah antara siri TV yang penuh dengan fan service untuk menarik perhatian peminat komik.

Seperti Marvel, dunia DC untuk siri TV juga tidak berkait dengan filem. Kecuali baru-baru ini dengan Disney+ tiga siri iaitu WandaVision, Falcon dan Loki berkait terus dengan filem fasa keempat. Tetapi dalam satu episod rentas-siri, Ezra Miller selaku pelakon The Flash dalam filem telah melakukan penampilan khas untuk bertemu dengan The Flash lakonan Grant Gustin. Dalam pertemuan ini, Ezra Miller dilihat tidak tahu yang nama adiwira beliau adalah The Flash. Episod ini boleh dikatakan antara yang popular dan juga hangat dibincangkan di Internet.

Terkini, Illuminerdi melaporkan yang Grant Gustin turut akan tampil dalam filem solo The Flash. Kita tahu yang filem ini mengambil inspirasi daripada The Flash Paradox dengan bermain degan rentas-masa dan juga rentas-dunia. Mungkin ketika bertemu dengan Batman versi Michael Keaton, The Flash Ezra bertemu dengan The Flash Gustin semasa di dalam Speed Force.

Filem The Flash akan ditayangkan pada tahun 2022. Filem ini masih lagi dalam proses penggambaran. Selain Michael Keaton, Ben Affleck turut akan kembali dan buat pertama kali dalam filem moden – Supergirl akan diperkenalkan dengan lakonan Sasha Calle. Sinopsis penuh filem masih belum didedahkan. Jika Marvel ada rentas-filem dengan Spider-Man, DC ada The Flash. Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply