Niantic merupakan salah satu pembangun yang sedia popular dengan penawaran permainan realiti-gabungan mereka, Pokemon Go – dimana ia mengabungkan permainan dunia maya dengan dunia nyata, sekaligus menawarkan pengalamann permainan yang berbeza berbanding kebiasaan.
Terbaru, Niantic mengumumkan kerjasama dengan Hasbro untuk membangunkan sebuah permainan berasaskan siri robot popular, Transformers.
Dinamakan sebagai Transformers : Heavy Metal, ia akan membolehkan pengguna membawa robot-robot Transformers mereka pada dunia nyata, dan melihat ia berubah daripada kenderaan kepada sebuah robot.
Niantic dijangka melancarkan permainan berasaskan realiti-gabungan ini dalam masa terdekat di beberapa buah negara – sebelum ditawarkan secara global pada tahun ini. Bagi yang berminat, boleh mendaftar minat pada laman rasmi Transformers : Heavy Metal hari ini.


