Dua tahun lepas, Netflix mengumumkan yang mereka akan bekerjasama dengan Mattel Television untuk menyambung siri animasi He-Man. Siri animasi ini telah dihentikan pada penghujung 1980-an dan jalan ceritanya masih belum lagi lengkap, kerana Skeletor masih belum tewas.

Jika anda membesar pada zaman 80 dan 90-an, anda pasti ingat akan siri animasi He-Man. He-Man ialah seorang adiwira yang merupakan identiti wira Prince Adam yang menentang kuasa kejahatan Skeletor. Terkini selepas dua tahun, Netflix memperlihatkan imej-imej awal siri animasi ini dengan judul Masters of the Universe: Revelation. Di bawah adalah sinopsis rasmi;
Peperangan untuk planet Eternia diteruskan dalam satu siri animasi baharu yang padat dengan aksi, Masters of the Universe: Revelation. Ia bersambung secara terus daripada siri TV asal yang tergantung sejak berpuluh tahun lalu. Selepas peperangan kata-klismik antara He-Man dan Skeletor planet Eternia musnah dan penjaga Grayskull telah berpecah. Kini giliran Tee-La memainkan peranan utama, merungkai misteri peperangan ini dan mencari Sword of Power untuk memulihkan Eternia daripada musnah selamanya.
Netflix


Siri TV ini akan disiarkan di Netflix pada 23 Julai tahun ini.


