Jika anda membesar pada zaman 80 dan 90-an, anda pasti ingat akan siri animasi He-Man. He-Man ialah seorang adiwira yang merupakan identiti wira Prince Adam yang menentang kuasa kejahatan yang didalangi oleh Skeletor.

Siri animasi tersebut telah dihentikan pada penghujung 1980-an, dan jalan ceritanya masih belum lagi lengkap, kerana Skeletor masih belum ditewaskan.

Terkini, Kevin Smith telah mengumumkan dimana beliau akan menyambung penceritaan He-Man bersama-sama dengan Netflix dan Mattel Television. Siri tersebut akan dinamakan Masters of The Universe: Revelations, dimana Kevin Smith mengatakan bahawa cerita siri terbaru ini akan disambungkan selepas siri He-Man: Masters of The Universe berakhir.

Buat masa ini, Kevin tidak mengumumkan bilakah siri animasi ini akan tiba di Netflix, tetapi beliau sudahpun menerima isyarat hijau daripada Netflix dan Mattel Television untuk memulakan produksi siri tersebut, mungkin kita akan dapat melihatnya pada tahun hadapan.

Leave a Reply