Ketika acara Devolver Direct 2020 pada bulan Julai lepas, Devolver Digital dan Skeleton Crew Studio mengumumkan satu permainan aksi dua dimensi Olija akan dilancarkan di konsol Switch dan PC sekitar tahun ini.
Terkini, melalui video acah baharu yang dikongsikan di bawah, Devolver Digital mengumumkan yang mana permainan tersebut akan ditunda ke tahun hadapan dan pada masa yang sama, mereka juga mengumumkan versi PlayStation 4 dan Xbox One turut akan dilancarkan.
Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Olija merupakan permainan pengemabraan dua dimensi yang memfokuskan pemain untuk bertempur dan bergerak dengan pantas disamping menyelesaikan beberapa tekaria dengan mengelak pelbagai jenis perangkap.
Buat masa ini, tiada informasi lain yang dikongsikan dan bagi anda yang berminat dengan permainan bergenre ini, anda boleh mencuba demo permainan ini melalui Steam.


