Among Us boleh dikatakan diantara permua yang cukup popular dimainkan di seluruh dunia. Pembangunnya, Innersloth telah tiba dengan kemaskini baru yang menambahkan beberapa ciri-ciri yang diminta oleh peminat-peminatnya.
Pertama ialah ciri pengundian awanama (anonymous voting) dimana pemain-pemain boleh mengundi tanpa mendedahkan identiti mereka. Kedua ialah penunjukkan bar tugasan diluar ataupun didalam mesyuarat tergempar.
Among Us juga nampaknya sedang mula menguji ciri buta warna untuk pengguna-pengguna yang memerlukannya, dan nampaknya sokongan untuk akaun tetap akan tiba tidak lama lagi.
Melalui akaun ini, pemain-pemain permainan ini akan mempunyai akses kepada senarai rakan, dan juga boleh melaporkan pengguna jika mereka didapati bersifat jahat ataupun menggunakan perisian penipuan didalam permainan tersebut.
Kemaskini akaun tersebut dilaporkan akan tiba pada bulan Disember kelak, bersama-sama dengan peta baru, dan juga penambahan jumlah pemain yang lebih ramai.


