Sucker Punch dan PlayStation Studios hari ini mengumumkan yang permainan dunia terbuka Ghost of Tsushima akan menerima mod multi-pemain yang dinamakan sebagai Legends.

Video pengumuman boleh ditonton di bawah.

Melalui mod ini, pemain boleh memilih daripada 4 kelas iaitu Samurai, Hunter, Ronin ataupun Assassin dan bermain bersama rakan seramai 2 pemain untuk misi penceritaan ataupun seramai 4 pemain untuk misi ketahanan diri.

Ia akan tiba secara percuma untuk pemilik Ghost of Tsushima dan akan tiba pada suku akhir tahun ini. Ghost of Tsushima sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4. Anda boleh baca ulasan kami untuk Ghost of Tsushima di pautan ini.

Leave a Reply