EA ialah diantara syarikat pembangunan permainan video dan komputer yang paling terkenal di dunia. Mereka mempunyai jumlah permainan yang banyak, dan juga mempunyai kedai atas-talian mereka sendiri yang dinamakan Origin.

Beberapa bulan yang lalu, EA telah membuat keputusan untuk menjual semula permainan-permainan mereka di Steam, iaitu platform penjualan permainan komputer terbesar di dunia.

Valve, syarikat dibelakang Steam baru-baru ini telah mengumumkan carta 20 permainan video yang paling laris dijual di platform tersebut untuk bulan Jun 2020, dan menariknya, lapan daripada permainan-permainan EA berada didalam carta tersebut.

Permainan-permainan tersebut termasuklah Battlefield V, Command & Conquer Remastered Collection, Crysis 3, Dragon Age 3: Inquisition, Need For Speed Heat, The Sims 4, Star Wars Battlefront 2 dan Titanfall 2.

Berikut adalah carta penjualan permainan komputer di Steam pada bulan Jun 2020:

Sea of Thieves
Crysis 3
Dragon Age Inquisition
Need for Speed Heat
Command & Conquer Remastered Collection
Satisfactory
Battlefield V
Journey
STAR WARS Battlefront II
Persona 4 Golden
Torchlight III
Griftlands
Desperados III
Hardspace: Shipbreaker
Beyond: Two Souls
Detroit: Become Human
Outer Wilds
The Sims 4
Titanfall 2
SpongeBob SquarePants: Battle for Bikini Bottom – Rehydrated

Leave a Reply