Ketika acara Days Of The Devs semalam, Hi-Rez Studios mengumumkan yang mana mereka akan membawa watak baharu buat permainan SMITE iaitu Tsukuyomi, iaitu watak bersejarah Jepun sebagai tuhan kepada bulan.

Pelancaran watak ini merupakan lanjutan seterusnya buat kemaskini permainan SMITE yang mana sebelum ini mereka mengumumkan kandungan Avatar: The Last Airbender.

Menurut Hi-Rez Studios, watak ini akan tiba Ogos ini dan informasi lanjut berkenaannya akan diumumkan sekitar minggu ini. Sementara itu, anda boleh menonton video acah pengumuman watak tersebut di bawah.

SMITE merupakan permainan multi-pemain arena percuma buat konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Leave a Reply