Skip to main content

Ketika acara Summer Game Fest semalam, Hi-Rez Studios dan Nicklodeon mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan kandungan khas berdasarkan siri animasi Avatar: The Last Airbender buat permainan SMITE.

Melalui pelancaran ini, pemain akan berupaya untuk bermain sebagai watak Aang, Zuko dan Korra dariapda siri animasi tersebut yang mana ia akan dijual melalui Avatar Battle Pass khas. Kandungan ini disahkan akan tiba di kesemua platform permainan tersebut pada bulan Julai ini.

SMITE merupakan permainan multi-pemain arena percuma buat konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Leave a Reply