Biasanya siri TV ditayangkan beberapa musim sebelum dibatalkan. Tetapi bagi peminat siri Swamp Thing agak mengejutkan kerana ia telah dibatalkan sebelum episod kedua musim pertama ditayangkan di DC Universe. Siri adiwira paranormal yang menerima sentuhan James Wan ini dibatalkan atas sebab kewangan.

Swamp Thing menerima geran sebanyak $13 juta dari Jabatan Kewangan North Carolina kerana ia menggunakan negeri tersebut sebagai lokasi. Namun begitu berlaku kesilapan oleh pihak Jabatan Kewangan dan mereka menyedari mereka sebenarnya tidak mempunyai wang yang cukup untuk diberikan kepada produksi. Kos produksi yang tinggi menyebabkan studio DC membatalkan siri ini walaupun ia baru sahaja ditayangkan di DC Universe 31 Mei yang lalu. Baki sembilan episod Swamp Thing akan terus ditayangkan pada perkhidmatan penstriman ini.

Leave a Reply