Informasi Permainan Video Terkini
Swamp Thing Adalah Siri TV DC Universe Yang Seram Dan Ngeri

Swamp Thing Adalah Siri TV DC Universe Yang Seram Dan Ngeri

Diterbitkan pada Mei 29, 2019 oleh .

Siri TV terbaru yang bakal disiarkan adalah Swamp Thing. Siri ini akan mengisahkan pasangan kekasih Abby Arcane dan Alec Holland. Alec adalah seorang saintis dan Abby adalah seorang penyiasat. Abby sedang menyiasat satu virus yang berkait dengan hutan paya dan Alec pula ditimpa kemalangan dan telah mati. Abby sedar yang virus tadi adalah biasa dan mungkin boleh selamatkan Alec.

Siri TV Doom Patrol telah pun tamat dan pada hari Jumaat ini, iaitu 31 Mei 2019 – Swamp Thing akan disiarkan di platform penstriman DC Universe bagi menggantikan Doom Patrol. Cuma buat masa ini, tidak pasti jika Swamp Thing dan Doom Patrol atau siri TV DC Universe lain ada kaitan atau juga berada dalam dunia yang sama. Apa yang pasti adalah, Swamp Thing adalah satu siri TV yang seram dan ngeri. Penerbit eksekutif siri TV ini adalah James Wan yang sedia terkenal dengan filem-filem seram.

Ini juga bukan kali pertama Jame Wan terlibat dengan DC, sebelum ini James Wan telah mengarah filem DC Aquaman. Yang mana dalam filem tersebut turut terdapat elemen ngeri, seperti adegan pertempuran antara Aquaman dan Trench. Kajian yang saya lakukan berdasarkan sinopsis rasmi adalah, berkemungkinan besar ia adalah berdasarkan dari komik lama The House of Secrets yang digabungkan dengan The Saga of the Swamp Thing.

Disebabkan DC Universe tidak boleh ditonton di Malaysia, jadi bagi mereka yang ingin saksikan siri TV ini secara sah – anda perlu langgan pakej VPN premium.


TIPS & ULASAN