Assassin’s Creed Odyssey akan hadir ke konsol dan PC pada 5 Oktober hadapan. Pengguna konsol tidak perlu risau dan hanya perlu membeli satu salinan permainan untuk menikmati permainan ini. Bagi pengguna PC pula pembelian hanya boleh dilakukan sekiranya mereka mempunyai PC yang cukup baik untuk menjalankan permainan ini. Ubisoft telah berkongsi spesifikasi PC lengkap untuk Odyssey hujung minggu lalu.

Spesifikasi Assassin’s Creed Odyssey
Pemproses Paling MinimumAMD FX 6300 @ 3.8 GHz,
Ryzen 3 – 1200
Intel Core i5 2400 @ 3.1 GHz
Pemproses DisarankanAMD FX-8350 @ 4.0 GHz
Ryzen 5 – 1400
Intel Core i7-3770 @ 3.5 GHz
Kad Grafik Paling MinimumAMD Radeon R9 285 2GB VRAM
NVIDIA GeForce GTX 660 2GB VRAM
Kad Grafik DisarankanAMD Radeon R9 290 4GB VRAM
NVIDIA GeForce GTX 970 4GB VRAM
RAM Paling Minimum8 GB
RAM Disarankan8 GB
Ruang Pemasangan46 GB
Sistem OperasiWindows 7 SP1, Windows 8.1, Windows 10 (64-bit)

Spesifikasi di atas adalah untuk mereka yang mensasarkan resolusi 1080P dan pada kadar 30 bingkai sesaat. Untuk resolusi 4K 3oFPS pula anda memerlukan sebuah cip AMD Ryzen 1700X @ 3.8 GHz atau Intel Core i7 7700 @ 4.2 GHz. Kad grafik yang diperlukan pula ialah AMD Vega 64, NVIDIA GeForce GTX 1080 8GB VRAM. Akhir sekali memori sebesar 16GB RAM pula diperlukan

Leave a Reply